Monday, March 30, 2009

Kalau sudah bukan rezeki...

Salam...
Sudah lama aku tidak mencoretkan apa-apa di sini. Entahlah sejak kebelakangan ini seperti tak ada mood dan MALAS untuk mencoretkan apa sahaja kegiatan aku di sini. Mungkin juga semuanya memeningkan dan membuatkan aku tension jadi aku mengambil keputusan meninggalkan blog ini buat sementara waktu hingga aku rasa benar-benar segar dan free untuk menulis. Kini aku kembali. Sudah rasa segarkah? Erm, bukanlah segar sangat pun, tetapi cukuplah aku katakan minda ini sudah mampu memberikan sedikit ruang untuk aku berfikir mengenai apakah coretan yang boleh aku tinggalkan di sini. Baru-baru ini ada satu perkara yang benar-benar buat frust dan rasa amat terkilan. Kelalaian diri dan kesibukan tugasan harian membuatkan aku terlupa pada satu benda ini dan kerana itu aku terlepas sesuatu yg sangat berharga dalam hidup aku. Sudah lama aku idamkan ini, tetapi apabila ia datang kepada aku, argh aku pula terlupa. Ya Allah, aku benar-benar kesal dan terkilan sehingga tidak mampu berbuat apa-apa. Apa yang boleh aku katakan kalau sudah bukan rezeki sudah sampai ke mulut pun boleh jatuh ke lantai semula. Dugaan dan ujian yg sangat membuatkan aku mampu menitiskan air mata. Tetapi bak kata org menangis keluar air mata darah sekalipun segalanya sudah TERLEPAS. Jadi untuk kuatkan semangat, apa yang boleh dilakukan ialah REDA. Biarkan ia pergi kerana Allah lebih mengetahui yang mana lebih sesuai dan terbaik untuk Hambanya. Mungkin Dia mahu berikan aku sesuatu yang lebih berharga kerana itu yang ini Dia lepaskan daripada pandangan aku. Walau apapun aku kena REDA untuk memberikan ketenangan kepada jiwa supaya tidak terus dibelenggu rasa terkilan, bersalah dan segala perasaan yang benar-benar merimaskan aku. Itulah yang dikatakan ‘Kalau sudah bukan rezeki’...