Wednesday, October 29, 2008

Salam..
Jumpa lagi..apa nak citer ek? K lah citer pasal asekment tadilah. Malam tadi (29 oct 2008) aku ada asekment kat dewan tun rahah. Ada majlis kemuncak aidilfitri anjuran meastro talent n management. Adalah artis2 daripada Af. Yang kelihatan dari Af2 hinggalah Af6. Yang menjadi MC nyer ataupun pengacara pemenang tempat ketiga raja iaitu kumpulan no entry. Hah nih yang citer nih. Kalau event grand mcm mana pun, tapi kalu MC tak besh majlis akan secara outomatik tak besh.
MC malam tuh macm tak buat homework. Nama2 VIP yang datang pun tak tahu dan sentiasa salah sebut nama pereka fesyen. Contoh, pereka azwani disebut asmawi. Asmawi tuh penyanyi, MAWI tuh hah...apa da. tuh pun boleh salah ke...hah baru korang tahu bukan senang nak jadi pengacara.
Pastuh aku tgk Faizal juara Af keberapa ntah aku tak ingat rasanya ke lima, kenapa dia kurus ek. Diet ke? ke? Kesian pun ada gak kat dia. Yerlah bintangnya tak secerah Mawi ataupun zahid ataupun Mila. Tak cukup aura kot. Takperlah usaha lagi Faizal, semoga ada hikmah disebaliknya. Tetapi tak dinafikan dia mempunyai suara yang sedap didengar. Mungkin nasib belum menyebelahinya..
Maestro jugak turut menjemput kelab peminat artis2 mereka itu. Hmm ramailah yang datang memberi sokongan kepada artis kesayangan mereka. Gamat dewan apabila artis kesayangan mereka naik ke pentas untuk membuat persembahan.
Hmm itu jelah yang aku nak citer malam nih...

keje..keje..keje

Hai semua...
Ketemu lagi kiter di arena blog nih ya..hish terikut2 loghat indon plak, yerlah selama beberapa jam aku terikut2 loghat indonesia nih, sbb tadi aku shoot fesyen lelaki di salah sebuah butik di bangsar yang dimiliki oleh orang seberang. Yerlah daripada pekerja hinggalah bosnya orang dari seberang. Hmm baju di butiknya lawa2 tapi masya allah, regenya boleh tahan. baju untuk lelaki juga cantik2. Pastuh aku tgk model aku pakai baju dari butik dia tadi, mcm kena je..mcm lawa je. Macam nak beli satu bagi present kat sesapa yang aku rasa nak bg, tapi ya allah, mahal la plak..tapi serius cantekk..nampak sopan tetapi masih bergaya dan berfesyen.
Selepas sesi shooting, kitaorang p makan kat restoran mamak pelita.. dapat makan nasi beriyani ayam fuh, kenyang perut yang tgh lapar gilerr,. Yerlah dari pagi tak makan. Tak sempat nak breakfast tadi.
Lepas makan aku terus masuk opis. Cuaca panas sungguh...sekarang musim panas kembali kot..
Hmm malam nih ada asekment lagi kat Dewan Tun Rahah, Menara yayasan Tun Razak. Asekment kul 7.30. Aku pegi dengan rakan setugas dari majalah jelita.
K, lah aku cau dulu. Nanti jumpa lagi..kalu aku rajin menaip pepe citer yang lain plak.

Tuesday, October 28, 2008

Salam..jumpa lagi..
Hari ni penat lah. Kerja banyak settle lagi. tup tap tup tap..hai nak closing lagi. Nih monthly nyer magazine kalu yg weekly dan daily mcm mana surat khabar tuh mcm mana la agaknya buzy mereka. tak dapat aku bayangkan. Di hitung2 tinggal beberapa hari je lagi nak closing. Bahan masih bnayk belum hantar. hmm setiap bulan ada sahaja impian untuk menyipakan kerja awal tetapi macm ada sahaja halangan. tapi alhamdulillah dapatlah juga closingkan.
Bulan ni impian aku mahu habiskan story awal. Insya-Allah akan aku cuba yang terbaik. Moga2 aku dapat realisasikan impian aku itu. heehhe
Hmm hari nih kita org lunch kat umah kak ana. Dia ada buat open house. Terima kasih kak ana, kenyang perut kami semua.
Malam ni macam malas nak tulis pepanjang. Rasanya setakat nih jelah.
Bye....

Monday, October 27, 2008

release tension

Hai kawan2..kita jumpa lagi..
Hmm kali ni aku nak citer lain plak. Citer pasal g lepak..Fuh! kali ni aku berjaya mempengaruhi cikyam supaya mengikut aku melepak di bangsar. Cikyam bukan suka lepak2 waktu malam, dia suka dok umah sambil layan citer kegemaran dia iaitu America's Next top model dan Australia's next top model sambil makan ais kerim wall yang keluaran Belanda tuh. Hish gaya hidup tak sihat, mcm mana badan tak sihat suka sgt dok melepak depan TV. (hish nak citer pasal aku ke pasal cikyam)
So, dia dah penat dngr aku membebel2 ajak dia ikut aku, so dia pun ikut. Dah kuar dia plak teruja amik gambr sana sini nak masukkan dalam blog dia. Melampau la plak dia nih, dah jadi mcm pelancong plak..hmm takperlah layannnn jer.
Kitaorg p lepak di Chawan bangsar. Aku makan mee curry banyak(kenapa aku panggil mee curry banyak sbb bnyk sungguh meenya smpi xabish), air kopi kemaman dan roti bakar(bnyk plak aku makan). Cikyam makan nasi lemak ayam goreng berempah dan kopi keluang ais..Hmm sedap...
Ramai gak org kat situ. So kitaorang ddk sambil citer2 kenangan dolo2 kala masa belaja dulu. walaupun citer tuh dah rewind kali ke berapa entah, tapi meninggalkan kenangan manis..
Pastuh datang orang buta minta sedekah, mengambil iktibar daripada blog cik T (suami dia suka bg sedekh pada org datang minta sedekah) aku mengubah pendirian aku selama ini, iaitu time makan tak suka ada gangguan, tapi kali ni aku bermurah hati dan dengan ikhlasnya mendermakan sedikit untuk dia. Hmm lega dan puas dapat berbakti kepada yg memerlukan walaupun tak besar tapi cukup berharga bagi dia..at least tolong takat termampu..
Aku cukup menyesal tak bg sedekah pada org buta yg minta sedekah ketika aku melepak di Wang Cafe tempoh hari dan juga di Pelita Bangsar. Dan kesilapan itu aku tebus malam ini.
Lepas makan dan lepak2, g bangsar villeage jap window shopping walaupun jam sudah hampir 10 malam. saje jalan2 tak berniat nak membeli pun. Dah puas berjalan aku pulang ke umah. Mandi dan barulah lepak sambil check email dan up date blog aku nih.
Aku blom masukkan gambar pun, nantilah aku masukkan kalau2 ada gambar yang cantik dan menarik.
Hmm esok dah kerja dah. tak puas rasanya cuti. Tapi nak buat macam mana tanggungjawab perlu dilunaskan dengan sebaik mungkin.
Ok lah setakat ini dulu untuk kali ini. Nanti kalu ada citer besh aku up date lagi.
Bye...zzzzzz
Ops baru teringat sebelum zzzzz kena iron baju dulu..hmm malasnyer nak mengiron baju. ada sesapa rajin tak, tolonglah iornkan baju aku!!!

Majlis kenduri

Salam...
Hai jumpa lagi kita dalam ruangan diari alam maya ini. Hari ni (27 oct 2008) tepat jam 1 tengah hari aku selamat sampai semula ke Kuala Lumpur dari Pahang. Semalam hari sabtu (26 oct 2008) aku bertolak ke Pahang bersama abang aku. Di sana ada sedikit majlis kenduri. Adui penatnya...Biasalah kenduri banyak benda yang kena buat. Basuh pinggan menjadi tugas rasmi aku. Yerlah nak buat benda lain aku tak tahu sangat. Lagipun satu yang bagus buat kenduri di kampung amalan gotong royong masih diamalkan. So ramailah makcik2 sebelah menyebelah datang menolong. Jadi kerja2 berat diserahkan kepada makcik2 ini.
Kenduri bermula pada malamnya iaitu selepas solat isyak. Majlis selesai pada jam satu pagi. Adui penat sungguh. Rasa cuti bersempena Deepavali ni penat lah pulak. Hmm nak buat mcm mana acara keluarga kenalah ikutkan. Nanti kalu tak pegi kata Kekwat plak.
Tepat jam dua pagi aku mula menyelinap masuk bilik. Kaki aku dah lenguh berdiri sepanjang hari ke hulu dan ke hilir. Fuh lega sungguh dapat baring dan bersendirian di dalam bilik. Aku naik rimas dengan keadaan yang terlalu ramai org. Entah sejak dah dewasa nih, aku jadi begitu. heheheee...
Entah jam berapa aku terlelap aku pun tak tahu. Dah penat sangat dah. Tepat jam enam pagi, aku sudah bangun dan bersiap-siap nak balik KL. Hmm tepat jam tujuh pagi aku dan abang aku dan keluarga bertolak ke KL. Perjalanan agak lama, sbb abang aku lalu jalan lama. Panas pulak hati aku. Kenapa susah2 lalu jalan jauh, sedangkan ada highway. Hish menolak kemajuan la plak. Tak ada highway nak highway dah ada taknak guna plak. Hmm gitulah getus hati aku...
Diam tak diam jam satu tengah hari baru sampai KL. Macm dari Kelantan la plak. Hmm tak sempatlah aku nak ke Shah Alam nak tgk jualan gudang Metrojaya. Petang dan penat. Jadi aku pun layanlah blog nih.

Saturday, October 25, 2008

Broadband...antara maxis dan celcom

Salam semua..


Selepas memiliki laptop dan mencuba berblog, aku terpanggil untuk memiliki broadband la pulak. So bolehlah aku melayari blog sendiri di rumah. Kurang sikit kegiatan tidak sihat di opis..hehehehehe...


Jadi bersempena cuti hujung minggu dan Deepavali, aku, cikyam dan kawan sorang lagi.. g survey broadband. Cita-cita aku ialah untuk membeli broadband celcom sebab harganya murah sikit berbanding maxis. So pergilah kitaorng ke The Curve sambil tu nak tgk wayang di Cineleisure. Tapi yang banyaknya ialah kiosk broadband mempromosikan broadband maxis. Aku buat tak tahu apabila salesperson memberi brocure pasal broadband maxis. Kami berjalan sampai penat kaki namun tak berjumpa celcom la plak celcom nyer kiosk. Lepas tuh cikyam cadangkan beli paper, supaya leh tgk, kot2 ada iklan. Kami pun belilah paper satu The Star dan Harian Metro. Hmm adalah iklan pasal tukar number ke celcom tapi still leh guna number lama tuh, yang muka Harith Iskandar tuh. Ada ler number carelina celcom. Cikyam terus menelefon number tuh. adui tidak membantu langsung. Si pengangkat telefon berkata kedai celcom terdekat ngan kami ialah di TTDI dan katanya mereka ada juga buat promosi di Mid Valley tingkat 3. Katanya bolehlah ke sana. Aku dan member pun apalagi pecutlah ke sana (TTDI dulu). Hampa!, Kedai Celcom yang dimaksudkan dah tutup. Kami tgk papan tanda bertulis...

ISNIN hingga JUMAAT 9 am - 4.30 pm

SATURDAY 9 am - 12.30 pm

SUNDAY - Cuti..

Apa yang aku nampak kedai maxis yg berhadapan ngan kedai celcom masih meriah ngan pelanggan. Tapi aku masih berdegil untuk sign up ngan celcom. So kitaorang pegi ke Mid Valley plak. sampai je di parking lot terus naik ke tingkat tiga. Puas mencari tapi tak jumpa pun kiosk yang dimaksudkan. Hati dah agak panas, perut dah lapar dan kaki pun dah agak sakit. Last sekali kitaorang turun pegi tanya kat kaunter pertanyaan. Pekerja di situ kata kiosk celcom berada di tingkat LG berdekatan carrefour. Adui sakit betul hati, LG dan tingkat tiga jauh beza beb!

Kami pun pegi ke sana. Katanya kami perlu membayar RM600++ untuk dapatkan broadband tapi aku dan member tak berapa berkenan dgn kedai dan pelayannya. Macam tak besh! dan macam tak meyakinkan kerana dia pun tak tahu bnyk dengan apa yang dia nak jual. So aku blah. Aku dan member ke KL Sentral plak sbb kat sana ada satu kedai celcom yang agak besar,(dalam hati harap2 tak tutup).

sampai di KL Sentral kami bertiga terus ke kedai celcom, dari kejauhan sudah nampak kertas bertulis 'server down'. Adalah pekerja di situ yang melayan kami. Katanya kalu kami beli pun hari rabu baru dapat. Dia kena order dulu dan HQ dorang pun cuti Deepavali. kalu gitu baik aku g beli hari rabu saje..dan paling menyakitkan hati, apabila aku bertanya banyak, dia kata kat aku, kalu kompom nak beli baru leh citer banyak, kalu tak kompom citer sikit2 je.. boleh plak gitu. Aku dan member pun apa lagi blah lah!

Jalan2 di KL Sentral, aku nampak maxis bukak kiosk promosi broadband bersempena Deepavali. Aku just singgah je, hati dah mula tawar nak dapatkan broadband. Cikyam bersemangat mendengar si salesperson tuh bercerita. Macam menarik je tawaran yang diberikan. Daripada berdiri kami duduk di kerusi yang disediakan. Tiba2 aku dngr cikyam tanya pasal harga. Kami hanya perlu membayar RM100 sahaja. aku terkejut beruk. Lebih murah lagi kalu aku convert daripada prepaid ke postpaid. Bulanan aku hanya perlu bayar RM98 sahaja. berbanding ngan celcom sebentar tadi di mana aku perlu bayar beratus ringgit. Apalagi daripada muka masam mencuka, terus senyum sampai ke telinga. hehehehee.....aku pun sign up dan terus pada postpaid...(hmmm cik T lepas nih kita tak reload lagi dah lerr..takper nanti kita suh cikyam jadi pelanggan tetap awk ekk...hehehehehe).
Apabila hati berbunga riang sebab dapat broadband, perut pun berasa lapar. Memandangkan cikyam ada coupon Ayam Mas dua keeping kitaorang pun pegilah makan Ayam mas. Memandangkan kami bertiga so sorang kena bayar sendiri. Takperlah kan at least jimat sikit. Hehehe(trima kasih cikyam).
Selepas makan, kitaorang pun balik umah. Lepas mandi dalam kul 9 malam, aku saje je gatal try cucuk aku nyer broadband nih. Wow!!!sekali lagi terkejut, dah boleh connect dah. Apa lagi aku pun terus masuk blog aku dan tulis citer nih. Heheheehe….
So itulah citer aku dan broadband aku nih…so apa2pun korang pikirlah sendiri.

Oklah aku cau dulu….peace..hmm esok (ahad 26oct2008) aku ke Pahang plak, ke rumah sedara sebelah kakak ipar aku plak. Ada kenduri kesyukuran apa ntah. Hmm aku tahu kat sana esok mesti aku mati kutu, sbb tak ada geng…hmm takperlah buat ramah-tamah jelah…lagipun sekejap je…

OKlah bye…jumpa lagi di next post..

Thursday, October 23, 2008

Party, party

Salam,
Hari ni 24 Oct 2008 - kat opis aku ada buat makan2. Kononnya sambutan raya. Tapi apa yang special dan berbeza ngan opis lain ialah, makanan kami masak sorang sikit n then bawak datang opis makan beramai-ramai. Itu yang specialnya sambutan raya kat opis aku.
Kalu semua nak tahu tadi pepagi buta aku dan teman serumah sudah bangun masak. Aku masak sambal udang petai dan cikyam masak ayam goreng berempah dan ayam goreng tepung.
Bising dapur umah aku pepagi buta tadi...dengan sore kitaorg...
Apa yang dijadikan citer, pagi yang gelaplah, tengah dok syok masyuk memasak, tetiba gas habis. Hmm kelam kabut kami menelefon abang gas suh anta gas.. sambil dok tunggu abang gas datang, aku mengambil kesempatan bersarapan. Menunya, aku cilok ayam goreng member aku yang siap masak, air neskefe panas dan telur setengah masak. hehehehe....
Maka dengan rasminya kami datang lambatlah ke opis. Kul 10 pagi baru sampai opis.
Hahahahaha......

Beli Barang Masak

Hmmm...dah ada blog nih semua aku buat macam nak tulis kat sini la plak... hahahahaha...
Nak citer nih, tadi(23 oct 2008) aku ngan Anis dan Mariam E pegi mid valley, sambil lunch kitaorg p cari barang nak masak esok (24 oct 2008). Esok kat opis kami ada 'potluck' iaitu masak n makan beramai-ramai. Mulanya team I-Remaja nak order je nasik goreng ikan masin kat restoran Suraya, tetapi dibangkang. Katanya kena masak sendiri. Takleh order. Hmmm kenalah kami semua memasak. Aku bukan malas nak memasak, tetapi blom konfident nak bagi org makan masakan aku. Aku bukanlah terer sangat memasak. Masak untuk perut sendiri bolehlah. Tapi takper, aku cuba gak masak.
So, kitaorg g carrefour beli barang. Aku beli udang dan petai sebab berhajat untuk masak udang masak sambal petai, anis beli sayur-sayuran, cikyam beli ayam dua ekor. dia kena masak ayam goreng berempah.
Kelam kabut kami membeli belah tadi, takut terlambat masuk opis. Yerlah sebelum masuk opis aku kena balik umah dulu simpan udang dan ayam takut nanti busuk. Almaklumlah petang nanti kami ada asignment kat Nando's kat PJ. So conform balik lambat kan. Takkan nak bawak ayam n udang ke hulu ke hilir. By the time sampai umah, ayam dan udang pun dah busuk. Sapa nak jawab...kami gak kena jawab. So baliklah umah dulu, merempit. Hmm itulah aktiviti kami hari ini.
Hah, satu lagi aku nak citer, tadi kitaorng lunch kat food court mid valley, anis n cikyam makan sizzling, aku makan nasi campur, lauk ayam masak kari, telur dadar dan telur puyuh. Sebab enak aku makan, tetiba aku ternampak kat hujung paha ayam kari tuh ada sesuatu. Rupa-rupanya bulu kaki tak dicabut abish. Sib baik aku tak termakan, kalu tidak memang berbulu aku dibuatnya. Terus tolak tepi. Tak selera dah nak makan. Hai apalah dorng nih kan, masak la elok2 sikit. Biar bersih dan selamat untuk dimakan. Hmmm gitulah peristiwa yng berlaku hari ini.

Hari Ini Dalam Sejarah

Hai...mesti semu orng tertanya2 kenapa aku letak hari ini dalam sejarah? Citernya gini. Aku sebenarnya dah lama berhajat untuk buat blog sendiri. Aku suka gak baca blog kawan-kawan aku seperti blog Rynas, Mariam dan aton. Pastuh timbullah keinginan untuk aku buat blog sendiri. Tapi asyik bertangguh je....Sampailah ke tanggal 23 Oktober 2008, jam 4.15 petang aku terpanggil untuk buat benda alah nih. Itupun selepas cikyam kata, eh besh la ada blog..ko buatlah blog.
Pastu dua tiga ahri lepas, Kak Ana editor jelita ada cakap, hari tuh dia ada jumpa sapa entah aku tak ingat nama dia, orang tuh kata wartawan sepatutnya ada blog. Senang nak bercakap dengan orang disekeliling. Itupun buat aku terfikir. Hmm betul gak kan...
So, hari nih terciptalah blog aku sendiri. Aku pun sebenarnya tak tahu nak post apa lagi. Nantilah kalu ada citer gembira ataupun citer2 besh aku postlah leh kongsi dengan kawan-kawan kan....
Hmm aku sorang lagi pun baru buat blog gak. Nama dia anis....hehehehe....
Pasni inilah keje kitaorg dok baca blog kawan-kawan. Hmmm besh gak leh tahu perkembangan kaan-kawan melalui alam maya.