Monday, October 27, 2008

Majlis kenduri

Salam...
Hai jumpa lagi kita dalam ruangan diari alam maya ini. Hari ni (27 oct 2008) tepat jam 1 tengah hari aku selamat sampai semula ke Kuala Lumpur dari Pahang. Semalam hari sabtu (26 oct 2008) aku bertolak ke Pahang bersama abang aku. Di sana ada sedikit majlis kenduri. Adui penatnya...Biasalah kenduri banyak benda yang kena buat. Basuh pinggan menjadi tugas rasmi aku. Yerlah nak buat benda lain aku tak tahu sangat. Lagipun satu yang bagus buat kenduri di kampung amalan gotong royong masih diamalkan. So ramailah makcik2 sebelah menyebelah datang menolong. Jadi kerja2 berat diserahkan kepada makcik2 ini.
Kenduri bermula pada malamnya iaitu selepas solat isyak. Majlis selesai pada jam satu pagi. Adui penat sungguh. Rasa cuti bersempena Deepavali ni penat lah pulak. Hmm nak buat mcm mana acara keluarga kenalah ikutkan. Nanti kalu tak pegi kata Kekwat plak.
Tepat jam dua pagi aku mula menyelinap masuk bilik. Kaki aku dah lenguh berdiri sepanjang hari ke hulu dan ke hilir. Fuh lega sungguh dapat baring dan bersendirian di dalam bilik. Aku naik rimas dengan keadaan yang terlalu ramai org. Entah sejak dah dewasa nih, aku jadi begitu. heheheee...
Entah jam berapa aku terlelap aku pun tak tahu. Dah penat sangat dah. Tepat jam enam pagi, aku sudah bangun dan bersiap-siap nak balik KL. Hmm tepat jam tujuh pagi aku dan abang aku dan keluarga bertolak ke KL. Perjalanan agak lama, sbb abang aku lalu jalan lama. Panas pulak hati aku. Kenapa susah2 lalu jalan jauh, sedangkan ada highway. Hish menolak kemajuan la plak. Tak ada highway nak highway dah ada taknak guna plak. Hmm gitulah getus hati aku...
Diam tak diam jam satu tengah hari baru sampai KL. Macm dari Kelantan la plak. Hmm tak sempatlah aku nak ke Shah Alam nak tgk jualan gudang Metrojaya. Petang dan penat. Jadi aku pun layanlah blog nih.

1 comment:

  1. sabaq..sabaq Suzi...bawa bertenang..kita menumpang kena ikut driverlah kan..kan..kan

    ReplyDelete