Monday, October 27, 2008

release tension

Hai kawan2..kita jumpa lagi..
Hmm kali ni aku nak citer lain plak. Citer pasal g lepak..Fuh! kali ni aku berjaya mempengaruhi cikyam supaya mengikut aku melepak di bangsar. Cikyam bukan suka lepak2 waktu malam, dia suka dok umah sambil layan citer kegemaran dia iaitu America's Next top model dan Australia's next top model sambil makan ais kerim wall yang keluaran Belanda tuh. Hish gaya hidup tak sihat, mcm mana badan tak sihat suka sgt dok melepak depan TV. (hish nak citer pasal aku ke pasal cikyam)
So, dia dah penat dngr aku membebel2 ajak dia ikut aku, so dia pun ikut. Dah kuar dia plak teruja amik gambr sana sini nak masukkan dalam blog dia. Melampau la plak dia nih, dah jadi mcm pelancong plak..hmm takperlah layannnn jer.
Kitaorg p lepak di Chawan bangsar. Aku makan mee curry banyak(kenapa aku panggil mee curry banyak sbb bnyk sungguh meenya smpi xabish), air kopi kemaman dan roti bakar(bnyk plak aku makan). Cikyam makan nasi lemak ayam goreng berempah dan kopi keluang ais..Hmm sedap...
Ramai gak org kat situ. So kitaorang ddk sambil citer2 kenangan dolo2 kala masa belaja dulu. walaupun citer tuh dah rewind kali ke berapa entah, tapi meninggalkan kenangan manis..
Pastuh datang orang buta minta sedekah, mengambil iktibar daripada blog cik T (suami dia suka bg sedekh pada org datang minta sedekah) aku mengubah pendirian aku selama ini, iaitu time makan tak suka ada gangguan, tapi kali ni aku bermurah hati dan dengan ikhlasnya mendermakan sedikit untuk dia. Hmm lega dan puas dapat berbakti kepada yg memerlukan walaupun tak besar tapi cukup berharga bagi dia..at least tolong takat termampu..
Aku cukup menyesal tak bg sedekah pada org buta yg minta sedekah ketika aku melepak di Wang Cafe tempoh hari dan juga di Pelita Bangsar. Dan kesilapan itu aku tebus malam ini.
Lepas makan dan lepak2, g bangsar villeage jap window shopping walaupun jam sudah hampir 10 malam. saje jalan2 tak berniat nak membeli pun. Dah puas berjalan aku pulang ke umah. Mandi dan barulah lepak sambil check email dan up date blog aku nih.
Aku blom masukkan gambar pun, nantilah aku masukkan kalau2 ada gambar yang cantik dan menarik.
Hmm esok dah kerja dah. tak puas rasanya cuti. Tapi nak buat macam mana tanggungjawab perlu dilunaskan dengan sebaik mungkin.
Ok lah setakat ini dulu untuk kali ini. Nanti kalu ada citer besh aku up date lagi.
Bye...zzzzzz
Ops baru teringat sebelum zzzzz kena iron baju dulu..hmm malasnyer nak mengiron baju. ada sesapa rajin tak, tolonglah iornkan baju aku!!!

2 comments:

  1. Hak alah, pi kecoh pasal aku suka makan aiskrim apahal? Saje je kan nak suruh orang kat opis nani tegur pasal pemakanan tak sihat aku tu kan. Hisyh... sentap tul la.

    ReplyDelete
  2. lu tebus rasa bersalah dgn memberi derma. lu derma mengikut berapa ramai peminta sedekah yang lu penah reject ker???

    ReplyDelete