Thursday, October 23, 2008

Beli Barang Masak

Hmmm...dah ada blog nih semua aku buat macam nak tulis kat sini la plak... hahahahaha...
Nak citer nih, tadi(23 oct 2008) aku ngan Anis dan Mariam E pegi mid valley, sambil lunch kitaorg p cari barang nak masak esok (24 oct 2008). Esok kat opis kami ada 'potluck' iaitu masak n makan beramai-ramai. Mulanya team I-Remaja nak order je nasik goreng ikan masin kat restoran Suraya, tetapi dibangkang. Katanya kena masak sendiri. Takleh order. Hmmm kenalah kami semua memasak. Aku bukan malas nak memasak, tetapi blom konfident nak bagi org makan masakan aku. Aku bukanlah terer sangat memasak. Masak untuk perut sendiri bolehlah. Tapi takper, aku cuba gak masak.
So, kitaorg g carrefour beli barang. Aku beli udang dan petai sebab berhajat untuk masak udang masak sambal petai, anis beli sayur-sayuran, cikyam beli ayam dua ekor. dia kena masak ayam goreng berempah.
Kelam kabut kami membeli belah tadi, takut terlambat masuk opis. Yerlah sebelum masuk opis aku kena balik umah dulu simpan udang dan ayam takut nanti busuk. Almaklumlah petang nanti kami ada asignment kat Nando's kat PJ. So conform balik lambat kan. Takkan nak bawak ayam n udang ke hulu ke hilir. By the time sampai umah, ayam dan udang pun dah busuk. Sapa nak jawab...kami gak kena jawab. So baliklah umah dulu, merempit. Hmm itulah aktiviti kami hari ini.
Hah, satu lagi aku nak citer, tadi kitaorng lunch kat food court mid valley, anis n cikyam makan sizzling, aku makan nasi campur, lauk ayam masak kari, telur dadar dan telur puyuh. Sebab enak aku makan, tetiba aku ternampak kat hujung paha ayam kari tuh ada sesuatu. Rupa-rupanya bulu kaki tak dicabut abish. Sib baik aku tak termakan, kalu tidak memang berbulu aku dibuatnya. Terus tolak tepi. Tak selera dah nak makan. Hai apalah dorng nih kan, masak la elok2 sikit. Biar bersih dan selamat untuk dimakan. Hmmm gitulah peristiwa yng berlaku hari ini.

2 comments:

  1. hehhehe..banyak ker bulunyer beb..bulu ayam tak per pejam maah jer jgn bulu org ekekkekekek..lucah jer...

    ReplyDelete