Wednesday, December 24, 2008

Selamat Hari Natal & Selamat Datang 2009

Salam...
Selamat menyambut hari natal (25 Dec 2008) kepada seluruh warga Malaysia yang beragama Kristian. Dan juga selamat tahun baru kepada semua rakan2 dan rakyat Malaysia. Erm, pejam celik, pejam celik berakhir sudah tahun 2008. Tiba pulalah 2009. Banyak lagi perkara yang belum dibereskan. Setiap kali mahu menyambut tahun baru beginilah perasaan aku. Takut ada, gembira ada, resah dan pelbagai lagi. Entah kenapa aku pun tak tahu. Mungkin takutkan usia setapak lagi meningkat. ..Tetapi inilah perasaan yg menghantui aku setiap kali datangnya tahun baru...pelbagai perkara aku terkenangkan...Apa pencapaian aku sepanjang tahun ini? Tetapi apa-apapun 'SELAMAT DATANG 2009'

mawi oh mawi

Hai...
Ketemu lagi kita setelah sekian lama menyepi. Bukan apa kekurangan masa dan tenaga untuk menulis di blog aku ini. Cuma malam ini aku luangkan masa untuk kesini setelah sekian lama tidak membukanya. Almaklumlah sibuk katakan. Ini aku ingin berkongsi cerita dan pengalaman aku sepanjang minggu lepas.
Aku ditugaskan ke JB untuk membuat liputan mengenai majlis akad nikah penyanyi lelaki nombor satu Malaysia, siapa lagu kalau bukan Asmawi Ani ataupun Mawi dengan pasangannya Ekin. Bertuah badan dapat menjadi insan kedua penting dalam hidup Mawi selepas ibunya, itulah ungkapan sesuai untk Ekin...Tepat jam 11.42 pagi sahlah Ekin menjadi isteri Mawi hanya sekali lafaz. memang Mawi nampak tenang sepanjang majlis berlangsung. Mawi berjaya mengawal perasaannya dengan baik. Tetapi Ekin nampak jelas teruja setelah sah bergelar isteri kepada Mawi, mungkin dia rasakan selepas ini lenyaplah segala tohmahan terhadap dirinya..Lenyapkah? Atau mungkin semakin berlarutan...dah namanya isteri kepada orang popular, tahan sahajalah...Sebelah malamnya pula berlangsung majlis persandingan pengantin baru popular ini di Stadium Tertutup JB dengan tetamu hampir 1500 orang terdiri daripada sahabat handai dan keluarga terdekat. Apa yang aku rasakan majlis itu dicacatkan dengan kehadiran seorang pengacara yang tidak sesuai untuk majlis perkahwinan. Lagak gayanya seperti pengacara konsert di padang sekolah, terjerit sana sini, terperanjat tetamu yang sedang enak menjamu selera. Lain kali buatlah pemilihan yang betul...Majlis berakhir sekitar jam 12 tengah malam. Maka berakhirlah satu majlis, ada dua lagi majlsi resepsi perkahwinan mawi iaitu di Felda Taib Andak dan di hotel Palace of golden horses...Hanya satu doa untuk Mawi dan pasangannya kahwin dah grand harap berkekalanlah sehngga ke akhir hayat biar berbaloi dengan majlis resepsi di sana sini...

Saturday, December 6, 2008

Keje..

Salam...
Erm.. rasanya dah lama aku tak menulis di blog kesayangan aku niih. singgah ke sini hanya untuk membaca blog kawan2 je. Agak busy sikit kebelakangan ini. Dateline lah katakan. Bulan nih dateline kami cepat sikit sbb nya sibuk nak bercuti raya aidiladha dan kami (team i-remaja) akan ke sg petani dari 11-14 december untuk event tahunan iremaja iaitu pencarian model jejaka dan gadis iremaja. jadi bertambahlah sibuklah. dari 3-6 decemberi kena pergi tgk finalis berlatih catwalk dan tarian di lot10 berita publishing. kareographer nyer Cik misze...kelas kak tipah ajar budak2 tuh catwalk dan menari...cayalah...
Latihan bermula jam 6ptg hinggalah 9 mlm. cuma hari sabtu (6 dec) bermula dari jam 10pg hingga 5 ptg. Penat sungguh, tapi happy tgk budak2 tuh serius belajar. Ada yg cepat tangkap ada yang tergagap2 menghafal step. tapi semuanya memberi komitmen...
Habis latihan aku menghantar misze dan aku terus balik ke rumah. Tak larat rasanya hendak melepak ataupun berjalan2, tambahan plak tetiba sahaja kena selesema..Mungkin kena hujan petang tadi keluar beli sedikit kudapan untuk budak2 model yang giat berlatih. Kesian dorang penat..Mihun yang order dengan restotan suraya petang tadi masih ada lagi sikit. tapi saje beli kudapan buat tambahan sbg minum petang. sepatutnya latihan tapmat jam 2 ptg, tetapi masih ramai yng tak dapat catch-up so kenalah lanjutan sehingga jam 5 ptg. tetapi ada antara model yg terpaksa minta diri dulu sbb ada komitmen lain spt kena p shooting dan ada hal family...so sesiapa yg tak ada apa-apa hal yg urgent kenalah stay belajar tarian dan catwalk....
So itulah urusan aku seharian hari ini...