Wednesday, December 24, 2008

mawi oh mawi

Hai...
Ketemu lagi kita setelah sekian lama menyepi. Bukan apa kekurangan masa dan tenaga untuk menulis di blog aku ini. Cuma malam ini aku luangkan masa untuk kesini setelah sekian lama tidak membukanya. Almaklumlah sibuk katakan. Ini aku ingin berkongsi cerita dan pengalaman aku sepanjang minggu lepas.
Aku ditugaskan ke JB untuk membuat liputan mengenai majlis akad nikah penyanyi lelaki nombor satu Malaysia, siapa lagu kalau bukan Asmawi Ani ataupun Mawi dengan pasangannya Ekin. Bertuah badan dapat menjadi insan kedua penting dalam hidup Mawi selepas ibunya, itulah ungkapan sesuai untk Ekin...Tepat jam 11.42 pagi sahlah Ekin menjadi isteri Mawi hanya sekali lafaz. memang Mawi nampak tenang sepanjang majlis berlangsung. Mawi berjaya mengawal perasaannya dengan baik. Tetapi Ekin nampak jelas teruja setelah sah bergelar isteri kepada Mawi, mungkin dia rasakan selepas ini lenyaplah segala tohmahan terhadap dirinya..Lenyapkah? Atau mungkin semakin berlarutan...dah namanya isteri kepada orang popular, tahan sahajalah...Sebelah malamnya pula berlangsung majlis persandingan pengantin baru popular ini di Stadium Tertutup JB dengan tetamu hampir 1500 orang terdiri daripada sahabat handai dan keluarga terdekat. Apa yang aku rasakan majlis itu dicacatkan dengan kehadiran seorang pengacara yang tidak sesuai untuk majlis perkahwinan. Lagak gayanya seperti pengacara konsert di padang sekolah, terjerit sana sini, terperanjat tetamu yang sedang enak menjamu selera. Lain kali buatlah pemilihan yang betul...Majlis berakhir sekitar jam 12 tengah malam. Maka berakhirlah satu majlis, ada dua lagi majlsi resepsi perkahwinan mawi iaitu di Felda Taib Andak dan di hotel Palace of golden horses...Hanya satu doa untuk Mawi dan pasangannya kahwin dah grand harap berkekalanlah sehngga ke akhir hayat biar berbaloi dengan majlis resepsi di sana sini...

1 comment:

  1. erm...cik suziana che wil.saya tak berapa gemar dengan mukadimah awak yang sentiasa sama pada setiap post.boleh ubah sket tak gaya penulisan mukadimah tu...? jangan sampai saya bangkitkan nama awak dalam kelas saya nanti...

    ReplyDelete