Saturday, December 6, 2008

Keje..

Salam...
Erm.. rasanya dah lama aku tak menulis di blog kesayangan aku niih. singgah ke sini hanya untuk membaca blog kawan2 je. Agak busy sikit kebelakangan ini. Dateline lah katakan. Bulan nih dateline kami cepat sikit sbb nya sibuk nak bercuti raya aidiladha dan kami (team i-remaja) akan ke sg petani dari 11-14 december untuk event tahunan iremaja iaitu pencarian model jejaka dan gadis iremaja. jadi bertambahlah sibuklah. dari 3-6 decemberi kena pergi tgk finalis berlatih catwalk dan tarian di lot10 berita publishing. kareographer nyer Cik misze...kelas kak tipah ajar budak2 tuh catwalk dan menari...cayalah...
Latihan bermula jam 6ptg hinggalah 9 mlm. cuma hari sabtu (6 dec) bermula dari jam 10pg hingga 5 ptg. Penat sungguh, tapi happy tgk budak2 tuh serius belajar. Ada yg cepat tangkap ada yang tergagap2 menghafal step. tapi semuanya memberi komitmen...
Habis latihan aku menghantar misze dan aku terus balik ke rumah. Tak larat rasanya hendak melepak ataupun berjalan2, tambahan plak tetiba sahaja kena selesema..Mungkin kena hujan petang tadi keluar beli sedikit kudapan untuk budak2 model yang giat berlatih. Kesian dorang penat..Mihun yang order dengan restotan suraya petang tadi masih ada lagi sikit. tapi saje beli kudapan buat tambahan sbg minum petang. sepatutnya latihan tapmat jam 2 ptg, tetapi masih ramai yng tak dapat catch-up so kenalah lanjutan sehingga jam 5 ptg. tetapi ada antara model yg terpaksa minta diri dulu sbb ada komitmen lain spt kena p shooting dan ada hal family...so sesiapa yg tak ada apa-apa hal yg urgent kenalah stay belajar tarian dan catwalk....
So itulah urusan aku seharian hari ini...

1 comment:

  1. Hoi... tak update pun blog ni. Update facebook je ke? Alamak... cam budak2 la main facebook. Blog la... nampak dewasa sikit.

    ReplyDelete