Monday, November 24, 2008

melalak di the garden

hai...
tetiba plak aku datang mood rajin nak menaip nih. Hrm time rajin nih la taip apa saaja citer tuk dipostkan kat blog aku nih.
Alkisahnya jumaat lepas, anis buat asignment lepak place di Redbox The Garden. Apa lagi bila si PR Redbox (ajer) itu namanya, membenarkan bawak rombongan, iremaja team dan jelita (2org shj) tal melepaskan peluang lepaskan gian nak berkaraoke...
Masing-masing plilh lagu kebenaran masing2. Tak kusangka bos aku kaki karaoke rupernya..boleh tahan gak sorenya. aku pun nyanyi gak...duet ngan anis dan kacau lagu orang. Cik T nyanyi lagu simbiosis...ruper nya semua kaki karaoke.. cik yam jelita plak, apalagi lagu dangdut lah. hmm release tension kitaorng...
sambil karaoke dapat plak makan free lagi menambahkan keseronokkan menyanyi, akhirnya kul 6 masing2 dah nak balik. suara pun dah serak balik sahaja lah.
Apa-apapun thanks to ajer kerana sudi melayan kami semua....

Isnin-bosan

Salam...
Hai dah lama rupernya ada tak update blog aku nih. Busy ke malas? lebih kurang dua-dua arr..busy pun ada malas pun ada gak sikit. Hmm hari nih adalah hari paling bosan aku di opis. Bosan sbb tak ada keje, keje memang berlambak. Memikirkan dateline semakin menghampiri dan mengenangkan banyak lagi bahan blom anta kat editor tuh yg menambahkan kebosanan. dateline 5hb dec nih dah. aduiyai...nak tak nak kena harungi dan perah otak jugalah untuk menyiapkan segala story mory tuh...
Hari nih plak mcm tak ada mood nak buat keje, tapi aku paksa gak diri. akhirnya berjayalah aku menyiapkan dua story dan anta terus kat editor. huh lega sikit dapat anta story. Tgk2 jam hai dah pukul 5.30 ptg. Borak sikit hmm dah jam 6...apa lagi terus menelefon budak2 finalis pencarian jejeka. bagitau dorang minggu depan ada rehearsal sebelum masing2 akan berentap pada malam final 13 dec nanti. hmm selesai sudah keje tuk hari nii. esok pepagi lagi aku ada asignment tak waterfront desapark city, asignment new zealand natural, makan aiskerin lah aku esok. petangnya plak, ada asignment kat one utama miss veet...gitulah keje aku..seronokkan...
sebenarnya inilah cita-cita aku sejak kecil nak jadi wartawan....hahahaha akhirnya tuhan makbulkan impian aku. tapi rupanya bukan senang jadi seorang wartawan walaupun wartawan majalah. aku terbayangkan mcm manalah wartawan surat khabar ya...fuh tak menang tangan nak menaip gamaknya....

Tuesday, November 11, 2008

selesai urusan

salam...
Rasa nye dah lama dah tak up date blog nih. Hmm bz menguruskan anak sedara aku yg baru nak posting jadi cikgu. hmm aku selaku ketua rombongan kena nguruskan dia daripada daftarkan diri sehinggalah anta dia sampai ke sekolahnya. dia dapat ngajar di SMK Taman Molek. dia ngajar matematik. Aku harap dia dapat jadik cikgu yang baik. selesai antakan dia lapor diri di sekolah jumpa pengetua, pegi pula ke rumah sewanya. dia menyewa bersama guru2 senoir bujang di situ. Alhamdullilah ada rumah sewa yang kekosongan. kalau tak susah jugak nak kena cark umah sewa tuk dia plak. Hmm dah siap tgk tmpt tinggal dia, dah ok semua aku tinggal dia di situ. Hmm sedey plak nak tinggal kan dia kat situ. Tapi itulah yang dinamakan pengorbanan demi tugas terhadap bangsa dan negara. Sib baik gak dia jenis independent dan pandai uruskan diri sendiri. Jadi lega sikit nak tinggal dia di situ. Nampak muka dia cam sedey je, bila aku ngan anak sedara aku sorang lagi(kakak dia) nak tinggal dia di situ. Tapi aku tahu dia boleh handle idup dia di situ. Lagipun dia dah ada kawan baru, guru yang sama daftar ngan dia. So menambahkan lega hati aku untuk tinggalkan dia. Jadi aku harap dia boleh jadi cikgu yang baik untuk anak-anak muridnya....

Thursday, November 6, 2008

HaRI BUsy Aku....

salam..
Dah lama rasanyer aku tak post citer baru kat sini. Kebelakangan ini agak sibuk sikit, memandangkan minggu2 date line ni. Almaklumlah banyak benda tak siap lagi. Pastuh kebetulan senin depan (10 oct) nih aku ada hal keluarga yang perlu aku selesaikan. Aku dah apply cuti kat bos aku, tapi dia tak kata apa2 lagi. Aku tahu 10 oct tuh date line. Kesian kat kengkawan aku sbb tgh date line aku amik cuti. tapi aku terpaksa kerana ada hal tak dapat dielakkan. Dan sebagai balasannya aku cuba selesaikan tugas dan story aku terlebih dahulu. Aku cuba ekspresskan kerja aku supaya nanti bos aku tak marah utk aku amik cuti dan tak menyusahkan rakan sekerja aku iaitu Anes ataupun nama manjanya YANG ANES dan CIK T. Ampun semua....
Sbb tuh aku lupakan seketika pasal nak post story kat blog nih sbb aku dok sibuk post story kat editor aku. Hari ni plak aku ada shooting untuk page 'make over'. Hmm sib baik semuanya berjalan lancar walaupun ada sorang model 'make over' aku tuh langsung tak pandai pose. Kesian kat jurugambar aku tadi bersusah payah dia menyuruh budak tuh pose. Last2 kitaorg ambik keputusan supaya gambar amik close up dan half je. nak amik full dah tak larat dah, budak tuh plak, asal suh pose lain sikit, alasannya malu. K lah dia pun bukannya model profesional. Diam tak diam kul 2 lebih baru aku abish shooting. Pastuh anis ambil alih plak. Dia shoot model pencarian gadis dia yang tercicir sorang tuh. Hmm diam tak diam kul 4 barulah kami semua makan tengah hari. Ya Allah lapo nyer, hanya Tuhan yang tahu. Rasa dah pening nak muntah pun ada sbb perut dah masuk angin. Dah le pagi tadi tak breakfast sgt. Just minum neskefe je..
Pegi la kitoorg makan kat restoran suraya (tmpt makan rasmi kitaorg kat BP). Aku order nasi goreng ikan masin, telur dadar dan kopi panas. Fuh lega dapat makan. Anis plak tetiba menu sama ngan aku plak ari nih. Diam semua dapat makan....
Hmm itulah serba sikit citer aku sepanjang hari ni...