Showing posts with label kerja. Show all posts
Showing posts with label kerja. Show all posts

Tuesday, April 7, 2009

Debaran 15 April...

Salam...
Hari ini seperti biasa aku ke pejabat tetapi agak terlambat (mcm lah hari lain aku cepat). hehehe cuma hari ini lmbt daripada biasa. Tapi tmpt keje aku waktunya agak fleksibel. Kalau masuk lambat so baliklah lambat. Tapi janganlah terlampau lambat sehingga jam satu tgh hari baru masuk opis kan. Tuh dah bukan lambat tuh dah kira apa ntah nak diklasifikasikan.
Nak cerita sikitlah, kelam kabut punyer halkan, sampaikan tengok tarikh pun dah tersilap daa. Aku mati2 ingatkan hari ni iaitu(7April) adalah (8 april). Terkocoh2 kelam kabut nak pegi asekment. Pastuh tension sendiri sbb ari nih tak bawak keta kerana kongsi kereta ngan Cik Yam dan kebetulan dia juga ada asekment. So berkira2 nak balik rumah amik keta dan pegi asekment, tapi Anis cadangkan bawak saje keta dia. Tetiba Cik Yam bagi bg idea, katanya biarlah dia pegi asekment tumpang org bahagian marketing dan dia suruh aku bawak keta dia. Dan Cik Yam pun dengan baik hatinya menelefon rakan di marketing bertanya sama ada dia ke asignment di Jalan Imbi atau One Utama, dan rakan itu berkata asignment di One Utama esok iaitu 8 April. Dan barulah aku tersedar bahawa aku tersilap tengok tarikh. Nasib baik aku tak terus pergi. Kalau tidak tercongok-congok aku seorang diri di One Utama. Disebabkan kelalaian sendiri kenalah bambu free ngan member yang dah pecah otak memberi idea kepada aku bagaimana mahu ke asignment kerana aku tak bawak kereta. So reda jelah...dah memang salah sendiri kan. Hahahahaha...thanks frens kerana sudi peningkan kepala korang memberi idea untuk aku dan marahkan aku (terutama cikyam yang beriya memberi syarahan free untuk aku, katanya lain kali tgklah tarikh betul2. kalendar kat meja besar gedabak pun leh lagi salah ke).
Hah ni citer sedih ke citer gembira tak tahulah nak kata. Balik sahaja lunch, aku tgk Shila bahagian Admin ada kat editorial I-Remaja. Di tangannya ada beberapa helai kertas. Aku dah agak, memo transfer kami sudah keluar. Jadi sahlah 15hb April 2009, kami akan bertukar jabatan. Walau apapun aku tetap bersyukur kerana masih diberi peluang menimba pengalaman dan mencari rezeki di sini...

Monday, November 24, 2008

Isnin-bosan

Salam...
Hai dah lama rupernya ada tak update blog aku nih. Busy ke malas? lebih kurang dua-dua arr..busy pun ada malas pun ada gak sikit. Hmm hari nih adalah hari paling bosan aku di opis. Bosan sbb tak ada keje, keje memang berlambak. Memikirkan dateline semakin menghampiri dan mengenangkan banyak lagi bahan blom anta kat editor tuh yg menambahkan kebosanan. dateline 5hb dec nih dah. aduiyai...nak tak nak kena harungi dan perah otak jugalah untuk menyiapkan segala story mory tuh...
Hari nih plak mcm tak ada mood nak buat keje, tapi aku paksa gak diri. akhirnya berjayalah aku menyiapkan dua story dan anta terus kat editor. huh lega sikit dapat anta story. Tgk2 jam hai dah pukul 5.30 ptg. Borak sikit hmm dah jam 6...apa lagi terus menelefon budak2 finalis pencarian jejeka. bagitau dorang minggu depan ada rehearsal sebelum masing2 akan berentap pada malam final 13 dec nanti. hmm selesai sudah keje tuk hari nii. esok pepagi lagi aku ada asignment tak waterfront desapark city, asignment new zealand natural, makan aiskerin lah aku esok. petangnya plak, ada asignment kat one utama miss veet...gitulah keje aku..seronokkan...
sebenarnya inilah cita-cita aku sejak kecil nak jadi wartawan....hahahaha akhirnya tuhan makbulkan impian aku. tapi rupanya bukan senang jadi seorang wartawan walaupun wartawan majalah. aku terbayangkan mcm manalah wartawan surat khabar ya...fuh tak menang tangan nak menaip gamaknya....