Sunday, April 5, 2009

Asignment Terakhir Sebagai Wartawan I-Remaja

Hari Sabtu lepas, aku ada tugasan di Ampang iaitu Perasmian Pembukaan Gimnasium milik bumiputera. Tempatnya agak jauh dan jalannya agak berbelit-belit juga. Nasib baik aku pergi bersama rakan yang agak arif jalan sekitar itu. Itu pun kami terhendap-hendap juga mencari tempatnya. Nasib baik semua lorong dan jalan yang kami lalui betul dan menghala ke arah kawasan itu. Jadi kami tidak tersesat. Tugasan bermula jam tiga petang. Kami tiba dalam jam tiga lebih. Sudah bermula tetapi masih belum ramai yang sampai. Gadis dan jejaka I-Remaja yang dijemput juga masih ramai yang belum sampai. Jadi aku dan rakan-rakan intai sekitar Gym itu. Tempatnya agak hempit dan tiada pengdingin hawa, jadi agak panas sedikit. Pengacara majlis pada petang itu Johan Raja Lawak. Dah agak mesti dia bawak girlfriendnya. Majlis berlangsung dengan lancar, cuma kurang selesa dek kepanasan.
Panjang pula si Johan berceloteh menyebabkan hampir jam lima petang barulah majlis tamat. Perut semakin berkeroncong minta diisi kerana aku belum makan tengah hari. Jadi habis sahaja tugasan aku dan rakan-rakan mencari-cari tempat makan. Akhirnya kami ke Kampung Baru. Biasalah di sini memang meriah dengan pelbagai jenis makanan. Aku ke gerai ikan bakar. Erm…sedap ikan bakar di situ. Aku makan ikan pari bakar, Anis makan ikan kembung bakar dan Cikyam makan ikan kerapu bakar. Lega dapat mengisi perut.
Perut sudah kenyang, jam sudah pukul enam lebih, apa lagi pulang ke rumah. Anis datang lepak rumah aku. Malam baru dia balik. Erm seronok dapat borak dan sembang tambah pula hujan lebat pekena milo dan chocolate panas. Lega perut….
Inilah kisah aku di petang sabtu lalu dan ini jugalah tugasan terakhir aku sebagai wartawan I-Remaja kerana selepas ini aku akan bertukar jabatan (ke majalah lain pula) … Selamat tinggal I-Remaja. Kenangan bersama I-Remaja adalah kenangan terindah aku…

4 comments:

  1. Suzi, aduyai. Aku bukan makan ikan kerapu la Suzi oi... Ikan tu mahal yang amat. Aku makan ikan cencaru. Diulang sebut ya, IKAN CENCARU.

    ReplyDelete
  2. ikan bakar... sedapnya.... a'ah kt kg baru mmg tmpt feveret bila nak makan ikan bakar.. murah pun murah... bila bukak citer pasal ikan bakar perut tetiba boleh lapar le.

    ReplyDelete
  3. cik yam - ko makan ikan cencaru ek, silap daa..
    ibu abah - erm tuh la ikan bakar kat situ memang sedap...

    ReplyDelete
  4. tukar jabatan..? :) hehehe.. bnyi cam naik pangkat tu.. :p tahniah kak suzie..

    ReplyDelete