Tuesday, April 7, 2009

Debaran 15 April...

Salam...
Hari ini seperti biasa aku ke pejabat tetapi agak terlambat (mcm lah hari lain aku cepat). hehehe cuma hari ini lmbt daripada biasa. Tapi tmpt keje aku waktunya agak fleksibel. Kalau masuk lambat so baliklah lambat. Tapi janganlah terlampau lambat sehingga jam satu tgh hari baru masuk opis kan. Tuh dah bukan lambat tuh dah kira apa ntah nak diklasifikasikan.
Nak cerita sikitlah, kelam kabut punyer halkan, sampaikan tengok tarikh pun dah tersilap daa. Aku mati2 ingatkan hari ni iaitu(7April) adalah (8 april). Terkocoh2 kelam kabut nak pegi asekment. Pastuh tension sendiri sbb ari nih tak bawak keta kerana kongsi kereta ngan Cik Yam dan kebetulan dia juga ada asekment. So berkira2 nak balik rumah amik keta dan pegi asekment, tapi Anis cadangkan bawak saje keta dia. Tetiba Cik Yam bagi bg idea, katanya biarlah dia pegi asekment tumpang org bahagian marketing dan dia suruh aku bawak keta dia. Dan Cik Yam pun dengan baik hatinya menelefon rakan di marketing bertanya sama ada dia ke asignment di Jalan Imbi atau One Utama, dan rakan itu berkata asignment di One Utama esok iaitu 8 April. Dan barulah aku tersedar bahawa aku tersilap tengok tarikh. Nasib baik aku tak terus pergi. Kalau tidak tercongok-congok aku seorang diri di One Utama. Disebabkan kelalaian sendiri kenalah bambu free ngan member yang dah pecah otak memberi idea kepada aku bagaimana mahu ke asignment kerana aku tak bawak kereta. So reda jelah...dah memang salah sendiri kan. Hahahahaha...thanks frens kerana sudi peningkan kepala korang memberi idea untuk aku dan marahkan aku (terutama cikyam yang beriya memberi syarahan free untuk aku, katanya lain kali tgklah tarikh betul2. kalendar kat meja besar gedabak pun leh lagi salah ke).
Hah ni citer sedih ke citer gembira tak tahulah nak kata. Balik sahaja lunch, aku tgk Shila bahagian Admin ada kat editorial I-Remaja. Di tangannya ada beberapa helai kertas. Aku dah agak, memo transfer kami sudah keluar. Jadi sahlah 15hb April 2009, kami akan bertukar jabatan. Walau apapun aku tetap bersyukur kerana masih diberi peluang menimba pengalaman dan mencari rezeki di sini...

4 comments:

  1. salah tengok tarikh? i pun penah experienced gak... biasa le tu, byk sgt benda nk pikir dlm kepala ni...hehe.

    ReplyDelete
  2. Entahlah Suzi, jgnlah marah aku ye bila bagi syarahan percuma. Kuikui kui

    ReplyDelete
  3. Tak marah la Cikyam...i suka je...hehehehe
    Lina - tuh la i pun xtau mcm mana leh tersilap mata nih melihat tarikh. sia2 je penatkan kepala otak dok pk mcm mana nak p asekment tuh. hehehehe

    ReplyDelete
  4. Suzi... bila nak update blog? Dah setahun yang lalu dah...

    ReplyDelete