Showing posts with label santai. Show all posts
Showing posts with label santai. Show all posts

Sunday, February 8, 2009

Sapu Sawang

HI...

Wow! lama gila aku tinggalkan blog aku nih. Dah bersawang sana sini. Tengok blog kawan-kawan erm makin banyak post mereka dan makin cantik cnth blog siti mariam elias, Cik Rynas dan banyak lagi lah. Tetiba pada tengah hari (8 Feb 2009) aku terpanggil untuk menulis di sini. Kononnya bukak laptop nak buat keja..tapi hadoo...Kalu dah online tuh macam-macam pulak benda lain yang aku. Dok YM manjang keje entah ke mana. Tetiba teringat nak up date blog. Tapi tak ada apa yang istimewa pun.
Tiga hari cuti cukup suka aku. Boleh rehatkan minda dan badan. Minggu lepas aku ke Melaka cuti-cuti Malaysia, jadi minggu ni aku amik keputusan berehat sahaja di rumah layan internet dan TV. Bulan nih banyak sungguh cuti. Lagi sekali langgar date line. Alasan cuti banyak so keje mcm lambat siap. Hahahaha...(boleh diterima ke alasan tuh) tapi langgar pun tak adalah lambat sgt. Cuma 10hb pun masih anta story lagi, tapi last story la.,..erm gitulah...
Apa-apa pun aku ucapkan Selamat Hari Thaipusam kepada rakan-rakan yang menyambutnya...K lah bye, jumpa lagi nxt post..Bye,...

Tuesday, January 6, 2009

Aku Suka Dia


Hi...

Sebenarnya tak ada benda pun aku nak post nih... Tapi sajer bosan sendirian tatkala waktu sudah menginjak ke jam 1 pagi tapi mata blom mengantuk dan idea tak datang2 nak ketuk story. Jadi aku belek2 lah pix yg ada dalam laptop aku nih. Terjumpa gambar aku bersama sorang jejaka yang handsome..Dia memang kacak dan sekarang lakonannya semakin mantap dan mendapat perhatian. Siapa dia?? Hah inilah dia Remy Ishak. (hero idaman Malaya kini) Aku rasa sepanjang bergelar reporter ini aku hanya bergambar dengan dia dan Nabil Raja Lawak je rasanya. Dengan Mawi pun aku tak bergambar...Entahlah tak rasa nak bergambar dengan yg lain walaupun ada peluang ketika pegi asignment atau semasa dorang datang photo shoot kat opis aku. Kenapa ek? Entah mungkin juga sebb aku tak suka bergambar. Mungkin lah...
Erm...k lah cau dulu, idea dah datang...so aku nak ketuk story kejap...bye...tgklah gambar aku ngan Remy Ishak

Monday, January 5, 2009

Sehari dalam hidup aku

Assalamualaikum…semua…

Dah lama aku tak update blog aku nih. Opss takleh guna pembukaan ayat begitu, nanti kawan aku yang bernama Anis tuh marah. Dia kata tak abish2 aku ckp mcm tuh kalau memulakan ayat. Erm.. nantilah aku fikirkan cara lain untuk melakukan pembukaan ayat di sini.
Erm, apa yang aku lakukan hari ni ya? Mestilah rutin biasa aku bangun di pagi dan terus bersiap2 ke tempat kerja. Sebelum tuh, aku hendak ke bank dahulu. Ada sedikit urusan di situ. Selepas itu barulah aku ke opis. Sebelum naik ke opis aku di tingkat tiga, aku singgah di gerai yang biasa aku kunjungi bersama rakan opis yang lain untuk membeli sedikit sarapan. Terasa lapo plak perut aku nih. Kalu perut lapa macam mana nak buat story kan…(mcm2 alasan lah aku nih)
Erm, deadline datang lagi tapi story banyak lagi belum masuk. Aduh stress plak rasanya. Tapi inilah hakikatnya bekerja. Mahu tak mahu kena siapkan juga. Akan aku usahakan siapkan semua story aku sebelum 10hb nih. Hahahaha…
Masuk sahaja opis, terus on computer dan mulalah mengetuk story sambil makan karipap sardine yang dibiayai oleh Anis. Thanks Anis…sedar-sedar jam sudah 1 tengah hari. Tak ada mood plak nak keluar lunch jauh2. Kebetulan plak cik siti sedang Remy Ishak untuk shooting. Jadi kalau kitaorg keluar lunch jauh2 nanti dia takleh ikut, cian dia, so amik keputusan lunch sahaja di gerai di hadapan opis.
Jam tiga petang aku keluar ke Bangsar sekejap untuk collect baju di Butik Cats Whiskers. Baju untuk model make over aku esok(6 januari 2009). Biasalah di Bangsar kalau tak tawaf parking lot berpuluh kali memang tak dapat parking. Akhrnya aku akur dengan keadaan dan masuk ke parking lot bangsar villeage. Jauh ler sket aku kena jalan. Nih yang malas nih. Dah ler panas…sabor jelah. Hampir dua jam di sana aku selesai memilih baju dan bergerak pulang ke opis semula.
Petang plak, selepas tamat waktu opis, kami bertiga (anis, cikyam dan aku) ke Desa Sri Hartamas untuk menjamu selera di SoulOut cafĂ©…Erm boleh tahan tempatnya. Happening…aku suka…release tension seharian memikirkan story itu dan ini…masing2 oder western food. Teringin western…perut kenyang dan penat bergelak ketawa di sana…maka pulang kami semua…
Itulah serba sedikit apa yang aku lakukan hari ini…

Monday, November 24, 2008

melalak di the garden

hai...
tetiba plak aku datang mood rajin nak menaip nih. Hrm time rajin nih la taip apa saaja citer tuk dipostkan kat blog aku nih.
Alkisahnya jumaat lepas, anis buat asignment lepak place di Redbox The Garden. Apa lagi bila si PR Redbox (ajer) itu namanya, membenarkan bawak rombongan, iremaja team dan jelita (2org shj) tal melepaskan peluang lepaskan gian nak berkaraoke...
Masing-masing plilh lagu kebenaran masing2. Tak kusangka bos aku kaki karaoke rupernya..boleh tahan gak sorenya. aku pun nyanyi gak...duet ngan anis dan kacau lagu orang. Cik T nyanyi lagu simbiosis...ruper nya semua kaki karaoke.. cik yam jelita plak, apalagi lagu dangdut lah. hmm release tension kitaorng...
sambil karaoke dapat plak makan free lagi menambahkan keseronokkan menyanyi, akhirnya kul 6 masing2 dah nak balik. suara pun dah serak balik sahaja lah.
Apa-apapun thanks to ajer kerana sudi melayan kami semua....