Monday, January 5, 2009

Sehari dalam hidup aku

Assalamualaikum…semua…

Dah lama aku tak update blog aku nih. Opss takleh guna pembukaan ayat begitu, nanti kawan aku yang bernama Anis tuh marah. Dia kata tak abish2 aku ckp mcm tuh kalau memulakan ayat. Erm.. nantilah aku fikirkan cara lain untuk melakukan pembukaan ayat di sini.
Erm, apa yang aku lakukan hari ni ya? Mestilah rutin biasa aku bangun di pagi dan terus bersiap2 ke tempat kerja. Sebelum tuh, aku hendak ke bank dahulu. Ada sedikit urusan di situ. Selepas itu barulah aku ke opis. Sebelum naik ke opis aku di tingkat tiga, aku singgah di gerai yang biasa aku kunjungi bersama rakan opis yang lain untuk membeli sedikit sarapan. Terasa lapo plak perut aku nih. Kalu perut lapa macam mana nak buat story kan…(mcm2 alasan lah aku nih)
Erm, deadline datang lagi tapi story banyak lagi belum masuk. Aduh stress plak rasanya. Tapi inilah hakikatnya bekerja. Mahu tak mahu kena siapkan juga. Akan aku usahakan siapkan semua story aku sebelum 10hb nih. Hahahaha…
Masuk sahaja opis, terus on computer dan mulalah mengetuk story sambil makan karipap sardine yang dibiayai oleh Anis. Thanks Anis…sedar-sedar jam sudah 1 tengah hari. Tak ada mood plak nak keluar lunch jauh2. Kebetulan plak cik siti sedang Remy Ishak untuk shooting. Jadi kalau kitaorg keluar lunch jauh2 nanti dia takleh ikut, cian dia, so amik keputusan lunch sahaja di gerai di hadapan opis.
Jam tiga petang aku keluar ke Bangsar sekejap untuk collect baju di Butik Cats Whiskers. Baju untuk model make over aku esok(6 januari 2009). Biasalah di Bangsar kalau tak tawaf parking lot berpuluh kali memang tak dapat parking. Akhrnya aku akur dengan keadaan dan masuk ke parking lot bangsar villeage. Jauh ler sket aku kena jalan. Nih yang malas nih. Dah ler panas…sabor jelah. Hampir dua jam di sana aku selesai memilih baju dan bergerak pulang ke opis semula.
Petang plak, selepas tamat waktu opis, kami bertiga (anis, cikyam dan aku) ke Desa Sri Hartamas untuk menjamu selera di SoulOut café…Erm boleh tahan tempatnya. Happening…aku suka…release tension seharian memikirkan story itu dan ini…masing2 oder western food. Teringin western…perut kenyang dan penat bergelak ketawa di sana…maka pulang kami semua…
Itulah serba sedikit apa yang aku lakukan hari ini…

3 comments:

  1. bosannye xtvt.. :P kekekee..

    ReplyDelete
  2. erm mungkin bosan bg mereka yg tak terlibat secara langsung dalam bidang media...tapi inilah keje kami yg bergelar reporter...

    ReplyDelete
  3. bila suzi menulis...hehhehe lama nau tak update blog

    ReplyDelete