Tuesday, January 13, 2009

Terasa jadi MeM...

Hi...

Aku nak citer nih, pada aku agak luculah situasi yg aku hadapi hari ni. Aku merasa jadi MEM lah. Bagaimana aku boleh jadi begitu? Hah inilah ceritanya. Aku dengan rakan serumah satu pejabat, jadi untuk memudahkan kami, menjimatkan duit minyak kami dan mengurangkan kesesakan lalu lintas, jadi kami berkongsi kereta. Kalau time aku ada asignment dan dia tak ada, makanya bawaklah kereta aku, kalau time dia ada asignment dan aku tiada makanya bawaklah kereta dia, kalau dua2 tak ada asignment kami 'osum'(hehehehe) nak bawak kereta siapa. Hahahahaha.
So hari ni dia ada asignment ke putrajaya, aku tak ada ke mana-mana jadi bawaklah kereta dia. Tiba-tiba pintu hadapan sebelah penumpang takleh bukak plak. Tak tahu kenapa tetiba rosak. Puas kami cuba tarik kunci dan gunakan kunci kereta tapi tak mau jugak dia terbuka. Kami dah le lambat. Pastuh nak kena isi minyak kereta lagi. Aduh! Aku cadangkan bawak kereta aku sahaja, tetapi rakan aku tak mahu. Katanya susah nak claim nanti. Jadi hendak dijadikan cerita, dia menyuruh akun duduk di bahagian penduduk kat belakang.
Tergelak besar kami dalam kereta, kerana sepanjang jalan keluar dari flat umah kami hendak ke jalan besar, semua mata memandang ke arh aku dan kawan aku. Mesti dorang pelik tgk aku duduk belakang. Macam bos plak. Apalagi pecah perut kami dalam kereta.
Lepas tuh, sampai sahaja di pam minyak, jurupam tgk sampai tersenyum simpul. Mungkin dalam hati dia pun tertanya-tanya kenapa aku dengan selambanya duduk belakang. Aku ngan member aku buat muka selamba je...

1 comment:

  1. Memang lucu sangat. ketawa akak bila baca. Bila teringatpun mesti tersengeh Geli hati sungguh. Bole bayangkan reaksi orang semua tengok awak dan Yam.

    ReplyDelete