Thursday, January 1, 2009

2008 vs 2009

Salam…

Pejam celik, pejam celik 2008 sudah pun dalam kenangan. 2009 kini di depan mata. Apa matlamat untuk 2009? Apa azam untuk 2009? Erm…rasanya sejak dari dulu lagi aku tak pernah berazam apabila sampainya tahun baru. Bagi aku ada azam ataupun tidak sama sahaja, hidup perlu diteruskan mengikut arus perjalanan. Jangan menyimpang jauh dari landasan sudah lah. Tetapi ramai rakan-rakan memasang pelbagai azam. Ada yang berazam untuk lebih maju (biasalah kan semua orng hendak lebih maju, ada ke org berazam untuk lebih mundur) erm dah itu azam dia biar jelah kan. Tak kurang juga yang berazam untuk menamatkan zaman bujang (tapi soal jodoh nih boleh berazam ke..aku kurang pasti plak) apa-apa ajer lah..
Aku nak imbas kembali apa yang dah aku capai pada 2008. Erm... adalah sikit kenangan manis dan pahit. Kenangan manisnya mestilah apabila aku dapat memandu kereta baru hasil dari titik peluh aku sendiri. Dan juga dapatlah aku merasa rezeki daripada hasil bakat yang dikurniakan oleh Yang Maha Esa kepada aku iaitu bakat penulisan. Tak adalah banyak, tetapi cukuplah untuk dijadikan pembakar semangat. Untuk 2009 pula, ini bukanlah azam, cuma perancangan sahaja, (ada beza ke azam dan perancangan) aku mahu menghasilkan lebih banyak hasil penulisan lagi, manalah tahu 2009 ini rezeki lebih dipermudahkan lagi…insya-Allah mudah-mudahan. Kepada rakan-rakan yang memasang azam jangan lupa untuk merealisasikan azam anda...supaya tidak digelar hangat2 taik ayam...hahaha..apa-apa pun aku nak ucapkan Selamat Tahun 2009, semoga ada sinar bahagia menanti kita semua. Kepada rakan aku anis dan yam, kalau rasa2 2009 nih nak naik pelamin jgn lupa ajak aku sekali...hehehehe...

4 comments:

  1. rasa macam nak menulis gak. tapi taktaulah berbakat ke tak. layannn jelah azam baru ni kan... happy new year kak suzi!!!

    ReplyDelete
  2. yang menulis ni tak der azam ker nak naik pelamin..teringin nak makan nasi minyak hehhehehhe

    ReplyDelete
  3. Dah lebih 200 kali aku dengar ko ni nak menulis tapi dok lagu tu sampai la ni....

    ReplyDelete
  4. hepy new year to you gak anis,,erm niat tuh ada pn rynas, tapi blom rezeki nak naik pelamin tungguu..jelah yer, nanti dah sampai seru jgn pn rynas tak datang ke Kelantan plak ya...dan cikyam...bukanlah chek nih malas, tapi idea tak mai so tersadailah mana2 skrip yg ada tuh hahahaha...

    ReplyDelete