Thursday, November 6, 2008

HaRI BUsy Aku....

salam..
Dah lama rasanyer aku tak post citer baru kat sini. Kebelakangan ini agak sibuk sikit, memandangkan minggu2 date line ni. Almaklumlah banyak benda tak siap lagi. Pastuh kebetulan senin depan (10 oct) nih aku ada hal keluarga yang perlu aku selesaikan. Aku dah apply cuti kat bos aku, tapi dia tak kata apa2 lagi. Aku tahu 10 oct tuh date line. Kesian kat kengkawan aku sbb tgh date line aku amik cuti. tapi aku terpaksa kerana ada hal tak dapat dielakkan. Dan sebagai balasannya aku cuba selesaikan tugas dan story aku terlebih dahulu. Aku cuba ekspresskan kerja aku supaya nanti bos aku tak marah utk aku amik cuti dan tak menyusahkan rakan sekerja aku iaitu Anes ataupun nama manjanya YANG ANES dan CIK T. Ampun semua....
Sbb tuh aku lupakan seketika pasal nak post story kat blog nih sbb aku dok sibuk post story kat editor aku. Hari ni plak aku ada shooting untuk page 'make over'. Hmm sib baik semuanya berjalan lancar walaupun ada sorang model 'make over' aku tuh langsung tak pandai pose. Kesian kat jurugambar aku tadi bersusah payah dia menyuruh budak tuh pose. Last2 kitaorg ambik keputusan supaya gambar amik close up dan half je. nak amik full dah tak larat dah, budak tuh plak, asal suh pose lain sikit, alasannya malu. K lah dia pun bukannya model profesional. Diam tak diam kul 2 lebih baru aku abish shooting. Pastuh anis ambil alih plak. Dia shoot model pencarian gadis dia yang tercicir sorang tuh. Hmm diam tak diam kul 4 barulah kami semua makan tengah hari. Ya Allah lapo nyer, hanya Tuhan yang tahu. Rasa dah pening nak muntah pun ada sbb perut dah masuk angin. Dah le pagi tadi tak breakfast sgt. Just minum neskefe je..
Pegi la kitoorg makan kat restoran suraya (tmpt makan rasmi kitaorg kat BP). Aku order nasi goreng ikan masin, telur dadar dan kopi panas. Fuh lega dapat makan. Anis plak tetiba menu sama ngan aku plak ari nih. Diam semua dapat makan....
Hmm itulah serba sikit citer aku sepanjang hari ni...

3 comments:

  1. isk...ko ni tak baiklah kak suzi...kutuk budak tuh plak....isk...biar wa sambung...erm...ALHAMDULILLAH DAPAT MAKANNNNNNNNNN.....

    ReplyDelete
  2. eh kutuk ke? mane de kutuk, menceritakan ajer...hehehehehe

    ReplyDelete
  3. alah uols ni kalau benar apa salahkan..kan..kan..kan????

    ReplyDelete