Wednesday, October 29, 2008

Salam..
Jumpa lagi..apa nak citer ek? K lah citer pasal asekment tadilah. Malam tadi (29 oct 2008) aku ada asekment kat dewan tun rahah. Ada majlis kemuncak aidilfitri anjuran meastro talent n management. Adalah artis2 daripada Af. Yang kelihatan dari Af2 hinggalah Af6. Yang menjadi MC nyer ataupun pengacara pemenang tempat ketiga raja iaitu kumpulan no entry. Hah nih yang citer nih. Kalau event grand mcm mana pun, tapi kalu MC tak besh majlis akan secara outomatik tak besh.
MC malam tuh macm tak buat homework. Nama2 VIP yang datang pun tak tahu dan sentiasa salah sebut nama pereka fesyen. Contoh, pereka azwani disebut asmawi. Asmawi tuh penyanyi, MAWI tuh hah...apa da. tuh pun boleh salah ke...hah baru korang tahu bukan senang nak jadi pengacara.
Pastuh aku tgk Faizal juara Af keberapa ntah aku tak ingat rasanya ke lima, kenapa dia kurus ek. Diet ke? ke? Kesian pun ada gak kat dia. Yerlah bintangnya tak secerah Mawi ataupun zahid ataupun Mila. Tak cukup aura kot. Takperlah usaha lagi Faizal, semoga ada hikmah disebaliknya. Tetapi tak dinafikan dia mempunyai suara yang sedap didengar. Mungkin nasib belum menyebelahinya..
Maestro jugak turut menjemput kelab peminat artis2 mereka itu. Hmm ramailah yang datang memberi sokongan kepada artis kesayangan mereka. Gamat dewan apabila artis kesayangan mereka naik ke pentas untuk membuat persembahan.
Hmm itu jelah yang aku nak citer malam nih...

No comments:

Post a Comment