Saturday, October 25, 2008

Broadband...antara maxis dan celcom

Salam semua..


Selepas memiliki laptop dan mencuba berblog, aku terpanggil untuk memiliki broadband la pulak. So bolehlah aku melayari blog sendiri di rumah. Kurang sikit kegiatan tidak sihat di opis..hehehehehe...


Jadi bersempena cuti hujung minggu dan Deepavali, aku, cikyam dan kawan sorang lagi.. g survey broadband. Cita-cita aku ialah untuk membeli broadband celcom sebab harganya murah sikit berbanding maxis. So pergilah kitaorng ke The Curve sambil tu nak tgk wayang di Cineleisure. Tapi yang banyaknya ialah kiosk broadband mempromosikan broadband maxis. Aku buat tak tahu apabila salesperson memberi brocure pasal broadband maxis. Kami berjalan sampai penat kaki namun tak berjumpa celcom la plak celcom nyer kiosk. Lepas tuh cikyam cadangkan beli paper, supaya leh tgk, kot2 ada iklan. Kami pun belilah paper satu The Star dan Harian Metro. Hmm adalah iklan pasal tukar number ke celcom tapi still leh guna number lama tuh, yang muka Harith Iskandar tuh. Ada ler number carelina celcom. Cikyam terus menelefon number tuh. adui tidak membantu langsung. Si pengangkat telefon berkata kedai celcom terdekat ngan kami ialah di TTDI dan katanya mereka ada juga buat promosi di Mid Valley tingkat 3. Katanya bolehlah ke sana. Aku dan member pun apalagi pecutlah ke sana (TTDI dulu). Hampa!, Kedai Celcom yang dimaksudkan dah tutup. Kami tgk papan tanda bertulis...

ISNIN hingga JUMAAT 9 am - 4.30 pm

SATURDAY 9 am - 12.30 pm

SUNDAY - Cuti..

Apa yang aku nampak kedai maxis yg berhadapan ngan kedai celcom masih meriah ngan pelanggan. Tapi aku masih berdegil untuk sign up ngan celcom. So kitaorang pegi ke Mid Valley plak. sampai je di parking lot terus naik ke tingkat tiga. Puas mencari tapi tak jumpa pun kiosk yang dimaksudkan. Hati dah agak panas, perut dah lapar dan kaki pun dah agak sakit. Last sekali kitaorang turun pegi tanya kat kaunter pertanyaan. Pekerja di situ kata kiosk celcom berada di tingkat LG berdekatan carrefour. Adui sakit betul hati, LG dan tingkat tiga jauh beza beb!

Kami pun pegi ke sana. Katanya kami perlu membayar RM600++ untuk dapatkan broadband tapi aku dan member tak berapa berkenan dgn kedai dan pelayannya. Macam tak besh! dan macam tak meyakinkan kerana dia pun tak tahu bnyk dengan apa yang dia nak jual. So aku blah. Aku dan member ke KL Sentral plak sbb kat sana ada satu kedai celcom yang agak besar,(dalam hati harap2 tak tutup).

sampai di KL Sentral kami bertiga terus ke kedai celcom, dari kejauhan sudah nampak kertas bertulis 'server down'. Adalah pekerja di situ yang melayan kami. Katanya kalu kami beli pun hari rabu baru dapat. Dia kena order dulu dan HQ dorang pun cuti Deepavali. kalu gitu baik aku g beli hari rabu saje..dan paling menyakitkan hati, apabila aku bertanya banyak, dia kata kat aku, kalu kompom nak beli baru leh citer banyak, kalu tak kompom citer sikit2 je.. boleh plak gitu. Aku dan member pun apa lagi blah lah!

Jalan2 di KL Sentral, aku nampak maxis bukak kiosk promosi broadband bersempena Deepavali. Aku just singgah je, hati dah mula tawar nak dapatkan broadband. Cikyam bersemangat mendengar si salesperson tuh bercerita. Macam menarik je tawaran yang diberikan. Daripada berdiri kami duduk di kerusi yang disediakan. Tiba2 aku dngr cikyam tanya pasal harga. Kami hanya perlu membayar RM100 sahaja. aku terkejut beruk. Lebih murah lagi kalu aku convert daripada prepaid ke postpaid. Bulanan aku hanya perlu bayar RM98 sahaja. berbanding ngan celcom sebentar tadi di mana aku perlu bayar beratus ringgit. Apalagi daripada muka masam mencuka, terus senyum sampai ke telinga. hehehehee.....aku pun sign up dan terus pada postpaid...(hmmm cik T lepas nih kita tak reload lagi dah lerr..takper nanti kita suh cikyam jadi pelanggan tetap awk ekk...hehehehehe).
Apabila hati berbunga riang sebab dapat broadband, perut pun berasa lapar. Memandangkan cikyam ada coupon Ayam Mas dua keeping kitaorang pun pegilah makan Ayam mas. Memandangkan kami bertiga so sorang kena bayar sendiri. Takperlah kan at least jimat sikit. Hehehe(trima kasih cikyam).
Selepas makan, kitaorang pun balik umah. Lepas mandi dalam kul 9 malam, aku saje je gatal try cucuk aku nyer broadband nih. Wow!!!sekali lagi terkejut, dah boleh connect dah. Apa lagi aku pun terus masuk blog aku dan tulis citer nih. Heheheehe….
So itulah citer aku dan broadband aku nih…so apa2pun korang pikirlah sendiri.

Oklah aku cau dulu….peace..hmm esok (ahad 26oct2008) aku ke Pahang plak, ke rumah sedara sebelah kakak ipar aku plak. Ada kenduri kesyukuran apa ntah. Hmm aku tahu kat sana esok mesti aku mati kutu, sbb tak ada geng…hmm takperlah buat ramah-tamah jelah…lagipun sekejap je…

OKlah bye…jumpa lagi di next post..

3 comments:

  1. wahh dah ada broadband...pas nie semakin bertambah kemajuan meningkatkan perkembangan blog anda (kalau kak ani baca sure marah penggunaan tatabahasa yg salah huwawawa....)

    ReplyDelete
  2. Sudah semestinya lah cik T. Setakat hari ni rasanyer blog cik Yam mendapat pujian kak ani kot kerana mengekalkan keunggulan Bahasa Melayu. Baca blog cik yam dah macam g kelas kak ani plak..aduiyai...kalu time stress jgn baca blog cikyam nanti kita ingat dok kat kelas kak ani...kita panggil dia kak ani junior nak?

    ReplyDelete
  3. Alahai, ni dah kira mcm mengumpat di alam maya ni, kan? Mengumpat aku ek? Isk... sedih tul la. Abis tu kalau tak citer pasal bahasa, aku nak citer pasal pe? Pasal anak? Aku lom kawin. Pasal kerja? Korang pun tau aku buat pe sebab kerja satu opis kan. Isk... abis aku nak citer pasal pe? Pasal belalang? Pasal kumbang? Pasal masalah negara? Aduyai... Tak pe la korang nak gelarkan aku Kak Ani Junior. Jgn gelar aku yang bukan-bukan sudahlah... Kan cik T kan....

    ReplyDelete