Sunday, January 11, 2009

Bila sahabat terguris hati...

Salam...
Aku kembali ke blog kesayangan aku ini. Sudah lama tak menjengok ke sini. Lagipun tak ada mood nak menaip bila di rumah. Seronok sgt tgk TV sampai malas nak bukak laptop. Erm...petng smlm aku ada berjumpa dengan seseorang iaitu sahabat karib aku yg dah lama kami tak lepak bersama. Berceritalah kami mengenai pelbagai topik dan cerita. Almaklum kami berkawan rapat sejak di bangku sekolah hinggalah ke IPTA dan kini. Lebih kurang 10 tahun sudah persahabatan kami terjalin. Susah senang dan duka gembira semuanya kami kongsi bersama. Tapi sejak kebelakangan ini kami jarang berkesempatan untuk berjumpa seperti dulu. Disebabkan masing2 sibuk jadi segalanya menjadi terbatas. Tanpa aku sedari dalam diam rupa-rupanya dia terguris dengan semua itu. Katanya aku sudah semakin jauh dengan dia, semakin jauh persahabatan aku dan dia. Bila dikenang-kenang kembali memang pun. Sudah jarang kami berbual di telefon, bersms, lepak bersama dan kalau balik kampung pun aku jarang menjengok ibunya. Walhal dulu, ibunya seperti ibuku juga. Tetapi mungkin disebabkan aku balik pun sekejap2 so tak berkesempatan.
Dan petang semalam, dia meluahkan rasa kecil hatinya. Itulah bezanya sahabat dan kawan. Mungkin bila kita menganggap seseorang itu kawan, perhubungannya tak seerat sahabat. Sahabat boleh berkongsi apa sahaja masalah, cerita dan sebagainya. Tetapi jika hubungan setakat kawan, mungkin ada benda yang boleh diceritakan dan ada benda yng tak boleh diceritakan. Senang cakap masih bertapis. Tetapi aku dengan dia, semuanya kami boleh kongsi bersama.
Tetapi dalam diam aku membuatkan dia terguris hati. Bila aku ingat kembali, pernah dia sms aku, time tuh aku tgh sibuk dan hanya sepatah aku menjawab..'busy'. Dan terus dia senyap. aku tak fikir apa2. Rupa-rupanya dia terasa denganku. Bila dikenang kembali memang patut dia terasa hati, aku semakin tidak peka dengan hubungan persahabatan kami. Aku sedih bila memikirkan itu semua. Apabila pulang berjumpanya, aku tgk kembali album kami berdua ketika zaman sekolah dulu, aku menjadi sedih sendiri. Aku takut kehilangan sahabat yg baik seperti dia. Mulai hari ini, aku berazam untuk menjadi sahabat yang terbaik. Walau sibuk mcm mana sekalipun, sahabat yang pernah susah senang bersama, jangan diabaikan. Luangkan masa walaupun sesaat untuk mendengar masalah dan cerita sahabat. satu kata yg amat menyentap tangkai hati aku "kekasih boleh bertukar ganti, tetapi sahabat sejati, susah hendak dicari"...Erm...renung2kan...

1 comment:

  1. hi...
    tu la, kita kena sentiasa peka dgn keadaan sekeliling. usah lupa insan yang pernah memberi makna kepada kehidupan kita.

    ReplyDelete